Thursday, December 22, 2011

MY LEGOLAND GIVEAWAY : PEMENANG

Sabarnya you all semua tunggu pemenang kan? Sorrylah lambat sikit nak update pemenang. Busy sangat - sangatlah. Daripada minggu lepas lagi dah busy. Dengan meeting / seminar yang bertali arus, kena pulak kena siapkan kerja - kerja akhir tahun, sampai tercari - cari masa yang sesuai untuk review blog entry dan sekaligus mencari pemenang MY LEGOLAND GIVEAWAY kali ini. Terima kasih kerana bersabar dan menunggu!

Maka masa yang ditunggu - tunggu dah tiba, pemenang untuk giveaway kali ini ialah :


Entry beliau di SINI!

Tahniah Nanakimie! ^____^ Nanti drop by address awak dekat ruangan komen ye. Sertakan sekali nama penuh dan number telefon awak!

Terima kasih semua yang dah join. Lain kali join lagi ye!

Saturday, December 17, 2011

MY LEGOLAND GIVEAWAY IS OFFICIALLY CLOSED!

Terima kasih banyak - banyak kepada yang dah join. Yang tak join / tak sempat join ruginya! Keputusan akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini ye. Hopefully semuanya dapat bersabar,ye!

Dapat dekat siapalah My Legoland Gifts ini ye! Hehe!

Terima kasih!

Sunday, December 11, 2011

MY LEGOLAND GIVEAWAY!

MY LEGOLAND GIVEAWAY 

Tshirt dewasa dan kanak - kanak Legoland bersama sebuntil lego!



Hadiah - hadiahnya macam yang aku beritahu dekat sini. Menarik kan? Siapa yang menang bolehlah pakai Tshirt legoland dengan anak sambil main lego! Kiutnya! Hehe!

Syarat - syarat penyertaan :

1. Follow blog ini. Tapi tiada paksaan ye!
2. Buat satu entry yang bertajuk MY LEGOLAND GIVEAWAY
3. Cari satu binaan Lego (Alahhh Google dekat internet kan banyak!) yang anda rasa sangatlah happeningnya dan tempekkan gambar lego tu dekat entry anda.
4. Kemudian, linkkan entry tersebut di bahagian komen entry ini.

Senang kan? SELAMAT MENCUBA! ^____^

Wednesday, December 7, 2011

Disember : Giveaway datang lagi

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku dah bercita-cita setiap bulan nak buat giveaway. Tapi tu lah... malas betul nak menggodeh blog. But..alhamdulillah...after dinner tadi aku diberi kekuatan untuk bukak blog ni. So rasanya melalui entry ni aku nak buat pre pengumuman la.. Tapi sebenarnya pengumuman rasmi mengenai giveaway ni akan menyusul kemudian.

So, ini merupakan items yang akan aku lanting-lantingkan...

Barang-barang dari Legoland
Shirt dewasa saiz L
Sebuntil set lego
Shirt kanak-kanak saiz M

Bentuk tugasan yang korang kena buat akan dimaklumkan kemudian. Tungguuuuuu!

Friday, December 2, 2011

Johor Premium Outlet : Yok Shopping

Assalamualaikum...

Entry ini khas ditujukan buat Cik Puan Bunga. Semoga ianya akan menjadi inspirasi untuk menghabiskan duit bonus 2011 yang akan masuk pada 19 Disember ni.

1 Disember 2011

Aku memang sengaja melambatkan semua urusan peribadi (sekolah, bank-bank). Memang dah set nak setelkan semua tu pada 1 hb. Memandangkan en. hubby pun cuti pada tarikh tu, so memang sesuai sangat la aku cuti half day semalam. Selain tu mmg en.hubby dah bagi hint nak ke Johor Premium Outlet (JPO) yang buat pre sale pada tarikh tu juga. Kebetulan, semua urusan berjalan lancar je. Dalam pukul 3.30 semua urusan dah selesai so apa lagi..terus la pecut ke JPO.

Dalam bayangan ni, mesti la tempat tu akan sesak dan susah nak cari parking. Rupanya lengang je...bole main tonjen lagi..Mula la kami laki bini keluar masuk outlet. Try itu..try ini..tanye itu..tanye ini...Masa ni mula berangan...Feeling2 shopping kat Serravale, Italy. Antara outlet yang aku memang teruja adalah Coach, Micheal Kors, Salvatore Ferragamo, Clarks, ermmmm...banyak lagi la. Korang memang kena datang sini. Mana la tau Krismas ni ada big sale.

Ni Gambar sekitar JPO...

Handbag dia...perghhh

COACH tu beb...

...dan lagi

wallaaaaa....

menarik...


Kasut ni murah je but not latest design la

From Poney untuk kakak & adik
Untuk CPB : datang la sini after gaji eh...tak sabo nak pegi ngan ko plak