Friday, August 26, 2011

Selamat Tinggal Ya Ramadhan

Sekejap je masa berlalu kan. Tinggal beberapa hari je Ramadhan akan melabuhkan tirainye dan Syawal menunjukkan serinya. Apa yang anda rasa..sedih..gembira..tak rase pape..Harap2 jumpa lagi Ramadhan...kiranya ini ramadhan yang terakhir...moga segala amalan yang dilakukan terima olehNya

Ramadhan kali betul2 bermakna bagi aku (tukar i kpd aku sbg kata ganti diri. nmpk lbh cool kn..) yg bergelar ibu. Kakak mula belajar puasa...Memang mencabar bg dirinya yang baru berusia 6 tahun.  Dah semestinya ibu pun turut terkena tempias cabaran tu kan..cabaran nak masak sahur bagi memastikan kakak dapat bersahur ngan banyaknye, cabaran nak kejutkan dia bangun sahur, cabaran nak menjawab pertanyaan dia.."skang dah pukul bape ibu", "nape jam ni tak bergerak2?" (setiap 15 minit ok)...cabaran nak sediakan juadah berbuka agar dia turut berselera nak makan, cabaran shopping bwk dia dlm keadaan dia berpuasa...mcm2 cabaran la...

nak x nak je bukak mate....
Tu semua pengalaman dan kenangan yang akan dirindui pabila Syawal menjelang...Semoga kakak akan lebih kuat iman pd Ramadhan akan datang..INSYAALLAH

Bagi yang merindui Ramadhan, bole menyambung puasa dgn puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sabda Nabi Muhammad  SAW, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan (puasa sunnah) enam hari di bulan Syawwal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.” (HR. Muslim).

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, August 24, 2011

Kenangan 80an

Bila hampir mendekati usia emas 36 tahun ni, rindu plak dgn kenangan2 masa zaman kanak2 ribena. Rindu sgt2..Nostalgia yang mengusik perasaan di saat Aidilfitri bakal menjelang (pe kaitan??) errmmm...layannn
Ketika tu pd i yg penting..hepi..nak main je kejenye...walaupun ketika tu, dunia kanak2 i dan rakan sebaya tak dikelilingi oleh gajet2 canggih, namun kekreatifan tlh menyebabkan kehidupan kitorg ttp ceria dan yg plg penting minda ttp berkembang..

kitaorang panggil permainan ni zero point or zero thousand
tutup botol a.k.a ceper
Galah panjang
Ting-ting kapal terbang
kaki tiga
Dengan cara ni la kami bersosial pada era 80an

Nota: semua gambar2 diatas didapati daripada google image. i mtk izin ye dr blog2 yg berkenaan

Tuesday, August 23, 2011

Aku yang kau tinggalkan..sob..sob..sob

Perghh...tajukkk..mmg x leh bla..feeling2 jiwang gitew..

Dalam entry sblm ni (Bila hati sudah cinta) i ada bg tau tentang ketagihan membaca novel. So kali ni i wat entry pasal novel lg. Ala-ala review gitew...Novel kali ni mmg i betul2 xtra suka sebabnya ia bwk i g melancong ke Turin (Italy)....ko mampu g Italy...best wooo...

Dengan hanya RM25, i dapat merasai keindahan Turin di samping menikmati ke'best'an shopping di Serravalle iaitu outlet McArthurGlen. Dengan deretan kedai2 brand terkenal cam Ferragamo, Prada, Burberry, Armani, Versace, Ralph Lauren....uiiiiii..mmg terliur la dibuatnye.

Tmpt shopping yg lain cam Via Roma, Via Garibaldi pun best gak...daripada novel ni gak, i dpt tau byk tmpat menarik di Turin..best...best...best....suke..suke..suke...


bile nk bwk i g melancong.. dah promote ni..

Tajuk: Aku yang kau tinggalkan
Penulis: Alina Haizar
Harga: RM 25
Penerbit: Kaki Novel Enterprise



Thursday, August 18, 2011

Duit raya gomen 2011: setengah bulan gaji tuuu

Alhamdulillah...

Nasib baik dapat..klu tak dapat..hah..gigit jari la jawabnye. Tu pun still ada yg merungut tak puas hati.ermmmm....hakikatnye..manusia mmg x prnh puas dgn segala apa yang dimiliki dan diperolehi.



Aku bersyukur kepadamu ya Allah....

Tuesday, August 16, 2011

Geramnya Samsung Galaxy Tab 10.1

feeling hak milik kekal



.

wowwww...teruja betul bile tengok model Samsung yang ni...meluap2 nak memiliki...mampu ke? perlu ke? yang pasti hati sdg menggebu2 nak benda ni.

Niat...usaha...pakse en.hubby top up....pasti  dimiliki. hikhikhik