Tuesday, April 17, 2012

Terdesak ...mendesak...didesak...




Aku rasa sekarang ni betul2 terdesak la...ishhh...terdesak nak memiliki kulit yang cantik seperti Dato' CT ( cantik kot coz tak pernah face to face dengan beliau) . Saat ini, kulit mukaku nampak kusam...pori2 semakin jelas...kedut-kedut halus mula meleset2 manja di sekitar mata...kulit pun dah tak anjal lagi..sebab dah tua eh..ermmm....ok..aku mengaku..semua ni sebab faktor umur la eh..plus kemalasan nak jaga kulit termasuk pemakanan.

Sekarang ni cuma bergantung 100% pada skincare je (ko ingat boleh berjaya ke?)..tp cam tak membantu je..takde perubahan pun..Banyak produk yang aku cuba...dan semuanyaaa...pembaziran semata-mata.

Mahal..harap jenama je...tapi xde kesan. tak sesuai kot

ok- ok je...masalah-masalah diatas still tak dapat diselesaikan

Jumaat lepas (13 April 2012), sementara tunggu en hubby solat Jumaat, merayap la kat JJ Taman U..ternampak satu produk skincare ni. Ala..local brand je....produk baru ni. Tenung..pusing...belek...last2...angkat trial pack.Murah je..Tak sampai rm20 pun...packaging yang menarik minat diri ini untuk membazir sekali lagi (harap2 tak la)..Tadaaaaa.....











 Comelkan....Astaxanthin 1000x lebih vit e..apa tu..nanti aku buat entry khas pasal produk ini ye...


Monday, April 16, 2012

Shopping lagi...

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog ni. Walaupun takde orang baca tapi rasanya perlu untuk aku update setiap hari. Online diary katanya kan.. Ok la..mulai saat ini akan aku rekodkan semua cerita suka duka untuk tatapan anak cucu di masa depan. Eh...apa merepek ni.

Ok la..untuk permulaan di tahun 2012 ni, aku nak berkongsi pasal hobi baru aku ni. Hobi ke? Tak kisah la. Yang penting aku happy ngan aktiviti ni.. SHOPPING ONLINE...nama pun perempuan..ibu..isteri...shopping memang la aktiviti yang paling menyeronokkan.. ye tak? Paling aku suka dengan aktiviti ini adalah boleh dilakukan pada bila2 masa..Aku pun tak tau..dah jadi cam habit plak. Bila nampak laptop je terus teruja semacam..happy je. Pernah satu ketika aku boleh monitor shopping (ada ke istilah ni) dari pagi sampai malam. Tapi tak la sampai 24 jam aku menelek monitor..aku on/off la..
Takde RM pun boleh je..tengok2..En. Hubby pun sporting..siap teman lagi..Ko nak join kan bang.hikhikhik..

Tapi aku nak nasihatkan la sesapa yang nak join aktiviti ni kena waspada gak..Nafsu membeli tu sama je kalau kita jalan2 kat shopping complex tu..pre order tu yang bahaya. Masuk kedai tu pre order..nmpk kenai ni pre order lg..ishh..ngeri gak dibuatnya. Nasib baik aku bole kontrol.. TAPIIIIII...tetap terperangkap. Tengok ni





Harrods purse from Cik Orange



French Viscose from Our Little Shop

COACH Signature Sateen Brooke from Zanali's Closet

Yang ni untuk adik from Avent  



Shopping tak habis lagi ni. Tengah cari jam plak...untuk en. hubby & kakak..sabar eh..ibu tgh usha2 ni. Tungguuuuu


Thursday, December 22, 2011

MY LEGOLAND GIVEAWAY : PEMENANG

Sabarnya you all semua tunggu pemenang kan? Sorrylah lambat sikit nak update pemenang. Busy sangat - sangatlah. Daripada minggu lepas lagi dah busy. Dengan meeting / seminar yang bertali arus, kena pulak kena siapkan kerja - kerja akhir tahun, sampai tercari - cari masa yang sesuai untuk review blog entry dan sekaligus mencari pemenang MY LEGOLAND GIVEAWAY kali ini. Terima kasih kerana bersabar dan menunggu!

Maka masa yang ditunggu - tunggu dah tiba, pemenang untuk giveaway kali ini ialah :


Entry beliau di SINI!

Tahniah Nanakimie! ^____^ Nanti drop by address awak dekat ruangan komen ye. Sertakan sekali nama penuh dan number telefon awak!

Terima kasih semua yang dah join. Lain kali join lagi ye!